BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

jom bisik-bisik kat c ni !! wink 2x .... (^____-)

Terima Kasih Tuhan... (^_^)

Saturday, February 14, 2009

tips cinta : resepi kebahagiaan

Resepi kebahagiaan antara pasangan yang berkasih sayang ialah saling tolak ansur selain percaya di antara satu sama lain. Apabila melihat pasangan begitu mesra sama ada ketika berdua-duaan dalam kereta, makan malam atau menonton wayang, pasti ada yang menjeling.Pastinya setiap pasangan mahukan insan yang tersayang saling menyayangi bahkan mengharapkan hubungan kekal selamanya.Namun, tidak kurang pula yang menaruh curiga kepada si dia justeru cuak jika hatinya diintip orang lain.Bagi wanita yang belum berpunya, tentu mengharapkan kekasih hati tidak ada dua di hatinya. Bagitu juga apabila sudah melayari mahligai bahagia, pasti mereka mengharapkan ia berterusan sampai bila-bila.Bagi lelaki yang sudah bergelar suami, mereka turut mengharapkan perkara yang sama. Kehangatan kasihnya biarlah bersemadi tanpa direnggut sesiapa dan hanya kematian memisahkan mereka.Untuk menikmati indahnya berkasih, mungkin petua yang dititipkan ini mampu menjadi panduan berguna. Semaklah semoga ia boleh menjadi prinsip yang memantapkan lagi hubungan bersama.# Keinginan untuk berbicara dengan pasangan sering ada.Pasangan yang bahagia selalunya akan sering ada keinginan untuk bercakap-cakap.Walaupun kadang kala, tidak ada topik khusus untuk dibualkan tetapi dalam minda memang akan sering ada rasa keinginan untuk berbual-bual itu.Tetapi ada ketikanya, anda akan terasa untuk duduk bersendirian terutamanya waktu angin penuh badan atau api amarah tengah bernyala. Tidak mengapa justeru lelaki memang ada ketikanya tidak mahu diganggu. Tetapi kalau sepanjang masa tidak mahu diganggu isteri, ada masalah sedang melanda jiwa anda.# Selalu ingin bersama dengan pasanganWalau di mana anda berada, pasti akan ada rangsangan untuk sentiasa berada bersama pasangan kecuali jika terpaksa. Jika di luar rumah, pastinya terasa kekok apabila si dia atau isteri tiada di sisi sehingga kekok dan serba tidak kena.# Ungkapan kata-kata manis pada pasangan sering diucapkanWajib buat pasangan mana pun untuk bercakap hal yang manis-manis dan penuh keikhlasan. Siapa yang tidak suka kalau orang lain bercakap dengan kata-kata yang lembut dan berhemah dengan dirinya? Tentu tidak bukan.Cakap lembut, berhemah, mesra dan segalanya yang penuh kesantunan pasti membuatkan air bergelora menjadi tenang. Tetapi karektor sama sekali berubah nadanya kalau tengah marah sehingga sukar menyusun kata dan memaniskan kata-kata serta melembutkan suara. Sesekali mungkin dimaafkan tetapi jangan selalu!# Senantiasa memberi salamUcapan salam itu mampu melahirkan kecintaan tanpa nafsu kerana dengan memberi salam, anda sudah membuatkan si isteri rasa si suami senantiasa mendoakan kesejahteraannya.# Sentiasa bertanya khabarapabila berjauhan seringlah bertanya khabar kerana ia membuatkan si dia atau isteri bahagia. Memang sangat perlu walaupun anda tahu si isteri memang sihat, tidak salah berbuat demikian. Kalau itu sentiasa dibuat, isteri akan terasa betapa dirinya disayangi.# Saling mengucapkan terima kasihBaik suami atau isteri masing-masing ada peranan dan tugas harian untuk keluarga. Justeru tugas yang ada dan dilaksanakan itu, rajin-rajinlah mengucapkan terima kasih. Terima kasih pada isteri kerana memasak, kerana melayan kehendak anda dan kerana jaga anak-anak dengan baik serta paling penting, terima kasih kerana dia menyayangi dan mengasihi diri anda sepenuh hatinya.# Bergurau senda sentiasaKetiak melihat pasangan bergurau senda tentu ada yang iri terhadap mereka. Apa lagi jika pasangan berkenaan sudah berumur tetapi masih usik-mengusik sesama mereka nampak mereka begitu bahagia.# Beri sanjungan dan pujian ikhlasSiapa yang tidak suka dipuji? Baik suami, baik isteri, baik anak-anak, semuanya suka jika disanjung dan dipuji. Tetapi dalam memuji, berpada-padalah. Jangan puji yang tidak realistik. Pujilah walau sedikit tetapi kerap, walaupun atas perkara yang kecil. Isteri pakai baju cantik, isteri masak sedap, isteri kemaskan rumah, isteri basuh dan gosok baju anda, itu semua ruang untuk anda memberi pujian, walaupun mereka tidak mengharapkannya.# Memanjakan pasanganIni pun antara yang boleh menambahkan rasa sayang pasangan juga kalau dibuat. Bukan manjakan apa pun, tetapi kalau isteri selalu memasak untuk anda, apa kata sesekali ajak dia makan di luar dan mungkin lokasinya agak eksklusif atau biasa-biasa saja tetapi cukup membuatkan dia diharga. Jika berpenat selama ini, sekurang-kurangnya suami amat menghargainya.# Berani berbohong demi menjaga perasaan pasanganIni bukan bohong apa tetapi berbohong yang tidak memudaratkan. Tidak salah kata isteri masak sedap, walaupun tidak berapa sedap sebenarnya. Begitu juga jika ada benda yang isteri tidak sepatutnya tahu, tidak salah berbohong. Sebab kalau terlalu telus dan tulus yang akan melukai hati isteri, simpanlah dalam diri sendiri atau berbohonglah seadanya.




Jauh di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.Pro* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.Kontra* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.
Jom sertai forum remaja di sini!