BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

jom bisik-bisik kat c ni !! wink 2x .... (^____-)

Terima Kasih Tuhan... (^_^)

Friday, March 27, 2009

Do Assignment !


ermm...astmen kena bg siap...

1 lg x siap...

selasa dpn nk anta astmen KDO dh..huhu...

senang skit rs hati astmen KDO dh hampir ke penghujung...

ermm...then cri bhn tuk KPBA & ready for syafawi tartil ....

risau sebenarnya ngn syafawi tartill....huhu...hrp2 d permudahkan segala urussan ku...amiiin....

hurmm..tq tuk khazu coz bg komen ..hehehe roomate tahun 2 ak balik subang td...hihi
nnt dia balik hostel akn d sampaikan berita pada umpunya bdn hihi


aduii..ngntuk lh sda..hihi...ok lh..nk out lh....hehehe...d masa2 akn dtg d update lg...sem ni mmg busy skit tp tetap ada masa jua tuk update coz sem dpn mo amik paper multimedia...so mo x mo kena jua hihi...
k fren..bye salam daaaaa........luv u all...roger & out-

Sunday, March 22, 2009

CkeLip_CkeLip NuNwaUnuNya'


Friday, March 20, 2009

MGS ( Malam Gemilang Sepuluh ) KKTAZ----20 mac 2009_sheraton hotel


my luvly room..my face...MGS 2009


ngn roomate c fiza santek hihi...




my roomate tersyg...c Min chumill hohoho



ngntoknyaa....


kami lh ni sebilik yg sehati & sejiwa...ni lh roomate ak time tahun 3 sesi 2008/2009... rutin harian mkn megi hikhikhik...syukur sgt coz pernah sebilik ngn dorg ni...roomate Yg sporting,, if ad mslh kmi leh discuss sma2....& paling penting sekali dalam sebuah persahabatan ialah kmi ber-3 adalah sekufu...hihihi....
fiza is johorian_min is kedahan_nony is sabahan...


koridor bilik ...b4 bertolak....hurmm..ni lh dinner kolej yg paling best penah ak rs selama bergelar student UM...best lh dinner thun ni ,,,tp bkn sebab diner kat hotel tp sebab perasaan sem ni mmg epy hiihi...geng semeja pun best2,,,suma kamcheng sabahan jo...hihihi


saye le ni...lambatnye lg nk masuk dewan..penat tungu ..huhu


kami lh bakal pendidik anak bangsa d masa hadapan yg dedikasi..wahahah....


wif kak zu...
:D


nony & kak zu


ni lh ak & zarah...
roomate tersyg & terbaik time ak thun 2 d UM ni...kwn 1 jabatan ak jua ni...hihi
someone yg ak sgt respect...dak pandai ni...hihi
sgt baik & tmpt ak meluah & mengadu after my bestfriend arwah nurhazwani kembali ke rahmatullah thun lalu raya ke-5..semoga rohnya di tempatkan di tmpt org2 yg solehah...


nony & zarah


nony & nabilah



nony & beca


nony & stila


kamilh geng semeja MGS '09' yg terbest haha...


hepy sakan ni...


hah...! ni plak roomate ak time d nilampuri kelantan dl...huhuuh...time d nilam pun jd rutin mkn megi ngn nabil...byk kenangan ngn dia ni...e2 lh kenangan yg x pernah mati & x ad sapa yg blh curi dr ak...
nama dia nabilah ismail...owes panggil dia nabil hihihi...


ni ak & lis...budak sabahn jua ni..heheh


wahhh....ni lh kami yg duk semeja....
mmg best dpt semeja ngn dorg2 ni...ni lh dinner yg terbest penah ak join selama ni....
:D


me & hanie ( c kesi & c canang) hahaha


min _nony_nabilah


waakaka...me & akma ...
budak syariah law ni..ehehe....


membe sabahan


huhuhu...with my junior sabahan..pinjam boypren c kikin kejap..jgn mrh r kin...hihihi hohoho...penyanyi nasyid time MGS kktaz ...kenangan bh,,,
..bangga ooo...adik2 sabahan byk join aktiviti hostel..bagus2...caiyok..!


wat gimik sket...ehehe 1..2...3...action babeh ! walallala....ni lh geng sabahan yg terbest...

Wednesday, March 18, 2009

penat......


hurmm... penatnya bru lik dr kls...

wisau....

minggu dpn syafawi dh ....

ermm...bulan dpn xm....

dh ready kh ni??

adooii...

astmen kena bg settle cepat...

next2 month nk balik umah...

x sabar ooo...nk balik umah jmpa anak sedara tersyg c YEOP comel....hihihih...comel kn c yeop tdo...kicik2 chumil hohooh....

dh besar dh dia...pndai tawa2...hehehehe...:D ermm...ok lh ..nk solat maghrib...then smbng wat keja...daaaaaaaaaa.....jumpa lagi...out-

balik dr kelas tartil

Tuesday, March 17, 2009

kesan masalah disiplin dalam bilik darjah


Kesan Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah

kesan Ke atas Murid.


Sepertimana yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau masalah disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselmatan psikologikal murid-murid, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka.

Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah akan menyebabkan banyak masa terluang di sebabkan perkara yang amat kecil sahaja. Contohnya, dalam kes cikgu hui mengajar lima waktu mata pelajaran bahasa melayu pada setiap hari persekolahan. Setelah masuk kelas yang berkenaan, beliau benarkan murid-murid berkumpul sesama mereka. Beliau tidak tegaskan bahawa mereka sebenarnya perlu bersiap sedia tanpa membuang masa. Akibatnya, beliau hanya dapat memulakan sesi pengajaran selepas lima minit. Contoh di atas menunjukkan bahawa dalam tempoh satu minggu, sebanyak 25 minit yang diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran sudah dihabiskan begitu sahaja. Jika satu tahun persekolahan mengandungi 40 minggu. Dalam tempoh masa tersebut, maka sebanyak 1000 minit sudah digunakan bagi tingkah laku yang tidak tertumpu kepada tugas off-task behaviour. Jumlah masa tersebut bermaksud lebih kurang 25 waktu mengajar yang sepatutnya ditujukan kepada matlamat pengajaran sudah disia-siakan. Menurut hasil penyelidikan melaporkan bahawa ada sesetengah guru menghabiskan sebanyak 30 hingga 80 peratus masa pengajaran dan pembelajaranuntuk menangani masalah disiplin . Jika ingin menjadi seorang guru yang berkesan, guru hendaklah cekap dalam mempengaruhi tingkah laku yang wajar dalam kalangan murid-murid agar dapat memaksimumkan masa yang telah diperuntukkan bagi pembelajaran.

Kesan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang kedua ialah riak, bermakna bahawa murid-murid akan mempelajari salah laku melalui pemerhatiantingkah laku bermasalah murid-murid yang lain. Contohnya, ika adalah seorang murid tahun empat yang bersopan santun, dan selalu memberi perhatian penuh dalam kelas. Sejak tahun satu, ika dan dua sahabat karib berada dalam kelas yang sama. Namun, kedua-dua rakan tersebut kurang menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang diajar oleh guru kerana sibuk berbisik-bisik sambil bergelak ketawa sesama mereka. Banyak kali semasa berlangsung sesi pengajaran Cikgu Ing perlu menegur kedua-dua murid tersebut. Pada suatu hari, ika terasa sentuhan bahu kemudian diserahkan nota yang dituliskan oleh salah seorang sahabat karib yang duduk di sudut belakang kelas. Setelah membaca kandungan nota tersebut, ika pula tuliskan balasan lalu kembalikan kepada empunya. Dengan itu, dua orang sahabat karib ika pun melibatkannya dalam telatah mereka. Cikgu Ing mengambil masa selama dua bulan untuk berjaya membawa ika ke pangkuan yang betul serta mengurangkan tingkah laku tidak tertumpu kepada tugas kedua-dua sahabat karibnya. Melihat kepada contoh tadi, agak ketara bahawa tingkah laku tidak tertumpu kepada tugas kedua-dua sahabat karib ika telah mempengaruhi ika untuk turut sama. Boleh dikatakan pembelajaran bersifat pemerhatian biasanya dipercepatkan lagi apabila pemerhati (ika) mengesan perhatian yang diberikan oleh guru dan rakan-rakan yang lain kepada tingkah laku bermasalah tersebut.

Amat penting untuk guru mengetahui bahawa tingkah laku seperti contoh di atas merupakan fenomena yan agak biasa dalam bilik darjah. Akan tetapi di sesetengah bilik darjah wujud juga masalah membuli, ancaman, keganasan, dan vandalisme. Satu perkara yang jelas ialah sebarang tingkah laku bermasalah, sama ada ringan ataupun serius sememangnya menjejaskan waktu pembelajaran kedua-dua pihak, iaitu murid berkenaan serta murid-murid lain yang tidak terlibat secara tidak langsung. Kekurangan waktu pembelajaran akan menjejaskan pembelajaran murid-murid.

Kesan Ke atas Guru


Masalah disiplin dalam bilik darjah juga mempunyai kesan ke atas keberkesanan guru. Kebanyakan guru adalah komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka di mana mereka menghabiskan banyak masa dalam membuat persediaan mengajar yang rapi. Oleh itu, apabila usaha mereka dibalas dengan sifat murid-murid yang tidak berminat dan enggan menyiapkan tugas yang diberi, sudah pasti mereka akan berasa kecewa. Kekecewaan tadi boleh melahirakan sikap negatif yang mempengaruhi layanan yang mereka berikan kepada dua jenis murid, iaitu mereka yang disruptif dan yang berkelakuan baik. Layanan yang berbeza akan meningkatkan lagi tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid yang disruptif tadi. Peningkatan itu juga akan menyebabkan motivasi pengajaran digantikan dengan sikap ”siapa peduli” yang akan menjadi serius sehingga guru bersifat ingin membalas dendam. Apabila keadaan ini berlaku, maka wujud gelutan kuasan antara guru dan murid-murid yang meningkatkan lagi tingkah laku bermasalah. Akibatknya, guru berada dalam situasi

”tidak-menang”

Selain itu, masa dan tenaga yang digunakan oleh guru untuk menangani tingkah laku bermasalah amat meletihkan guru dari segi fizikal dan emosi. Tekanan yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah merupakan satu faktor utama dalam menentukan sama ada guru permulaan berhenti atau kekal dengan profesion keguruan. Tambahan pula, masalah disiplin juga dkatakan sebagai pemangkin kepada burn-out dalam kalangan guru. Secara perbandingan, guru yang berupaya mengurus bilik darjah dengan berkesan yakin dengan kebolehan mereka untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Perasaan sedemikian akan memebawa penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembalajaran serta kepuasan kerja yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan terhadap pencapaian akademik murid-murid.



Monday, March 2, 2009

Family Day SMPI 'UM' 2009

Tahun 3 SMPI 'Um'

wif my frens...


action
action....1..2...3...

with my fren zara..zarah..hihihi roomate thun 2 'UM'




family day SMPI thun 1,thun 2,thun 3 & thun 4... bersama penyelaras smPI UM & ustaz2 kmi yg tersyg...doakan kejayaan & halalkan segala apa yg di ajar kan serta berkatilah ilmu yg di curahkan...
best sgt lh time ni..kenangan terindah...